Bayaran parkir RM2 untuk dua jam pertama dan bayaran tambahan dikenakan selepas jam berikutnya membebankan pelanggan tetap dan beralih kepada pasar raya lain yang berdekatan.

Dikhuatiri tindakan itu bakal menjejaskan jualan produk usahawan industri kecil dan sederhana bumiputera yang banyak dijual di pasar raya berkenaan.

Sebagai penyelesaian, saya cadangkan bayaran parkir dikecualikan ke atas pengunjung yang mempunyai resit belian barangan di MyDin sahaja.

Seperkara yang perlu dipertingkatkan ialah kemudahan tempat duduk untuk warga emas dan orang kurang upaya untuk berehat sebentar serta lebih banyak gerai makanan tempatan bagi memberi keselesaan pelanggan.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban