Perkara ini telah dikemukakan oleh Trilling, seorang Profesor Puisi Norton Eliot Charles di Universiti Havard yang juga penulis buku Sincerity and Authenticity (Keikhlasan dan Kesahihan )

Dalam buku ditulis oleh Trilling, beliau tidak banyak membantu pembaca memahami perbezaan antara dua perkataan tersebut, tetapi beliau cuba membayangkan perbezaan tersebut dengan membuat perbandingan antara ibu dan ibu mertua beliau.

Ibu beliau adalah ‘asli atau tulen’: seorang artis, puteri kepada seorang narsisis yang bertaraf dunia, seorang alkoholik yang semakin pulih, mengalami kebimbangan dan kemurungan sepanjang hidup beliau, seorang yang eksentrik (pelik) yang hidup bersendirian di sebuah ladang di pinggiran Georgia dengan 100 ekor kambing, kuda peliharaan, anjing Basset, ayam peliharaan dan khinzir tetapi benar-benar komited untuk menjadi dirinya yang sebenar, tidak kira apa yang orang lain fikir terhadap beliau.

Ibu mertua beliau pula, adalah seorang yang unggul lagi ‘tulus’ (dalam terma Trilling): bersifat keibuan Midwestern, bersosial secara tradisional, aktif dalam komuniti, menumpukan keluarga, tegas dan sentiasa menunjukkan kebaikan tidak kira apa yang beliau rasa atau apa pun yang berlaku di dalam keluarganya.

Kesahihan (juga merupakan keaslian dan/atau ketulenan) adalah apa yang sebenarnya tentang diri sendiri (walaupun dalam perhubungan sosial).

Keikhlasan adalah perhubungan dan pertalian dengan orang lain (walaupun melibatkan kebenaran peribadi).

Apakah yang tidak kena mengena dengan kehidupan mahupun perhubungan di sosial media?

Ekoran krisis politik dari dulu hingga sekarang, para pelabur dan pengguna perkhidmatan kewangan mengambil berat mendalam tentang ‘kesahihan’. Mereka akan membuat pemeriksaan dan memastikan individu dan firma-firma yang mereka kendalikan mempunyai nilai-nilai yang selaras dengan kehendak mereka dan perlakuan mereka adalah selaras dengan nilai-nilai mereka.

Kesahihan, hari ini, adalah ‘pembeza’. Itulah sebenar dalam perniagaan atau urusan lain amnya. Namun dalam perkhidmatan kewangan ia adalah satu kemestian kerana kesahihan atau ketulenan mempunyai banyak kaitan dengan membina semula dan mengekalkan kepercayaan yang telah rosak akibat krisis kewangan.

Pelabur dan pengguna perkhidmatan kewangan sering berkomunikasi dan menjalankan lebih banyak urusan berbanding sebelum ini melalui saluran digital termasuk rangkaian sosial. Walaupun halangan pengawal seliaan terus mengehadkan keupayaan firma-firma kewangan untuk berkomunikasi secara digital dengan pelanggan seperti mana pelanggan inginkan.

Kita harus sedar dalam membuat kesimpulan mengenai ‘kesahihan atau ketulenan’ melalui media sosial, mesej dan kandungan intelek perlu dan boleh membantu orang lain, sama ada melalui pengajaran, makluman, membolehkan, inspirasi, berbanding mempromosi diri sendiri.

Kedua-dua kesahihan atau ketulenan (kebenaran peribadi) dan keikhlasan (prihatin dan berhubung dengan orang lain) adalah diperlukan bagi membina jenis media sosial jenama pelanggan dan pelanggan sentiasa mencarinya hari ini.

PENDIDIK PERGURUAN