Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kes dera kanak-kanak wajib ditangani

PAPARAN Utusan Online 16 Mac 2017
PAPARAN Utusan Online 16 Mac 2017

Kes penderaan kanak-kanak bukanlah satu perkara asing di Malaysia sebaliknya perbuatan itu sering berlaku dalam masyarakat. Malah kes-kes penderaan kanak-kanak selalu dijadikan tajuk-tajuk utama dalam akhbar arus perdana di negara ini.

Bahkan ada yang di antaranya (kes penderaan kanak-kanak) menjadi tular di media sosial seperti WhatsApp dan Facebook sehingga mendapat kecaman daripada para penggunanya. Dalam pada itu, berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) trend kes penderaan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dilihat sentiasa meningkat.

Sebagai contoh, jumlah kes yang dicatatkan pada tahun 2010 cuma 3,257 kes tetapi meningkat kepada 4,453 kes pada 2015. Kemudian terus meningkat sebanyak 4,652 kes sepanjang 2015 hingga 2016 dan seperti kebanyakan negara lain, kes penderaan terhadap kanak-kanak di Malaysia dipercayai lebih banyak daripada jumlah itu tetapi sebahagiannya tersembunyi di sebalik tabir.

Cuba kita susuri beberapa kes penderaan kanak-kanak sebelum ini termasuk yang melibatkan kes-kes pengabaian antaranya kes Allahyarham adik Muhammad Firdaus Dullah yang berlaku dua tahun lalu. Kes ini terbaik untuk dijadikan rujukan.

Allahyarham telah ditemukan oleh para anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam satu operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di Nilai pada 21 Jun 2014. Ketika ditemukan keadaan Allahyarham yang juga seorang remaja orang kurang upaya amat menyedihkan sekali.

Dia dikurung dan dibiarkan seorang diri oleh ibunya tanpa diberikan makanan dan pakaian. Ramai antara kita yang menangis apabila imej dan visual Muhammad Firdaus disiarkan ketika dia ditemukan.

Akhirnya dia ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah di Seremban. Di situlah Allahyarham dibela dan diuruskan dengan baik oleh kakitangan Taman Sinar Harapan sehinggalah dia pulang rahmatullah pada 14 Oktober 2015 akibat diserang sawan.

Bayangkan jika Allahyarham Muhammad Firdaus tidak ditemukan pada saat itu, agak-agak bagaimanakah nasibnya? Sungguhpun begitu kita wajib yakin yang semuanya ini adalah ketentuan Allah yang akhirnya mempertemukan antara Allahyarham dengan penguat kuasa Imigresen.

Begitu juga dengan kes membabitkan kanak-kanak berusia enam tahun, Muhammad Akir Mustaqim Rashidi yang maut selepas dipercayai didera dan disimbah air panas oleh ahli keluarganya sendiri dalam satu kejadian pada 27 Mei 2014.

Mangsa, anak keempat daripada lima adik-beradik ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya. Kanak-kanak malang itu kemudian dihantar ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan. Ekoran kes tersebut ibu kanak-kanak berkenaan dan bapa tirinya ditahan oleh pihak polis.

Berdasarkan kepada dua kes ini, dapat dilihat bahawa penderaan kanak-kanak bukanlah dilakukan oleh orang asing malahan melibatkan ahli keluarga sendiri.

Antara faktor-faktor berlakunya penderaan kanak-kanak adalah berpunca daripada perpecahan keluarga, tekanan hidup, ekonomi tidak kukuh, tekanan perasaan, kemiskinan yang melampau, penyalahgunaan dadah termasuk kegagalan ibu bapa menangani kanak-kanak dengan baik.

Dalam perkembangan berkaitan, Islam mempunyai cara untuk menangani masalah tersebut dengan baik antaranya memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak walau bagaimana keadaan mereka sekalipun. Anak-anak adalah amanah Allah yang wajib dijaga kebajikan mereka termasuk diberikan pendidikan yang sempurna.

Sebenarnya melalui anak-anak, ibu bapa boleh mencari keredaan Allah, lebih-lebih lagi jika mereka berjaya melahirkan anak-anak yang soleh. Dalam usaha melahirkan anak-anak yang sebegini tidak sepatutnya ibu bapa mendidik secara kekerasan dan lebih malang lagi hingga ke peringkat penderaan.

Seperkara lagi adalah tentang kesedaran jiran terhadap kejadian sekeliling khususnya jika melibatkan kes penderaan kanak-kanak. Ini memandangkan kesedaran masyarakat kita dalam isu ini disifatkan sebagai masih rendah.

Malah sebahagian daripada kita sering beranggapan hal berkaitan jiran tetangga tidak boleh masuk campur. Oleh itu, satu kempen khas perlu perlu diadakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan melindungi kanak kanak daripada dizalimi.

AMIRAH NA
JIHAH MOHD. ZAMRI

Universiti Islam 
Antarabangsa Malaysia

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain