Masalah pengurusan masjid tidak tahu bagaimana untuk gunakan wang tersebut juga tidak pelik kerana mereka bukannya pakar ekonomi sebaliknya pakar agama.

Saya cadangkan pusat zakat negeri memberi bantuan pengurusan dan cadangan perbelanjaan kepada masjid yang mempunyai dana besar khususnya untuk diagih kepada ahli kariah yang memerlukan mahupun masjid dan surau kecil di negeri tersebut.

Aturkan penggunaan dana tersebut sebagai bantuan tambahan selain agihan zakat bulanan kepada kariah setempat yang layak menerimanya.

Kerjasama ini akan mempercepatkan proses bantuan memandangkan pusat zakat mempunyai pangkalan data terkini sementara pengurusan masjid dapat memudahkan agihan serta mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan.

Ada juga masjid dan surau yang mempunyai dana besar menyediakan kemudahan bahan makanan asas bagi penduduk dengan masalah kewangan.

Ingatlah, dana itu bukti umat Islam gemar bersedekah. Sampaikanlah sedekah itu kepada kariah mahupun mereka yang memerlukan, bukannya sekadar mencantikkan bangunan.

AHLI KARIAH

Gombak, Selangor