Pun begitu, keadaan kurang elok ini tidak banyak berubah. Ketika berada di Seksyen U1, Shah Alam beberapa hari yang lalu, saya sempat berjalan ke kedai mamak berhampiran untuk minum teh tarik sementara menunggu kereta yang dibaiki siap.

Dalam perjalanan, saya terpandang ada sebuah kereta buruk yang tersadai di Jalan Penyelenggara U1/73. Dari pengamatan saya, kereta tersebut berkemungkinan sudah pun berada di situ lebih dari setahun lamanya.

PBT berkaitan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) digesa supaya mengambil tindakan segera ke atas situasi yang tidak sihat ini.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam