Suara sayap UMNO terutama Pergerakan Pemuda amat lantang mahukan perubahan dalam semua aspek dilakukan oleh kepemimpinan UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan (Tok Mat) juga telah mencadangkan supaya satu blueprint terperinci disediakan dan dilaksanakan oleh sayap-sayap parti.

Cadangan ini telah mengiktiraf suara sayap terutamanya Pemuda dalam menggubal dan memikirkan kaedah serta penyelesaian berkesan untuk UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyambut baik cadangan ini dan menyatakan kesediaan memberi penurunan kuasa tertentu kepada sayap-sayap parti.

Sejajar dengan keputusan dua orang penting UMNO itu, satu kajian terperinci harus dilakukkan supaya usaha menurunkan kuasa ini berpaksikan kekuatan UMNO itu sendiri.

Percayalah, sekali kegagalan tidak bererti akan gagal selamanya apatah lagi melihat displin dan kesungguhan perwakilan.

PERWAKILAN PEMUDA

Selangor