Katanya, kaedah menghina sesuatu agama boleh menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat negara ini.

Kenyataan menteri agama itu pula yang mengatakan Dr. Zakir merendahkan agama lain seolah-olah sebagai jurucakap kepada Waytha Moorty yang selama ini tidak suka akan Dr. Zakir.

Dunia tahu bahawa Dr. Zakir dalah pakar perbandingan agama malah Dr. Zakir lebih tahu tentang agama lain daripada pengikut agama itu.

Ramai penganut agama lain memeluk agama Islam kerana penjelasan tentang perbezaan agama. Mereka memeluk Islam kerana penjelasan tentang agama ini ada kebenaran dan bukan merendah-rendahkan atau menghina agama lain.

Saya ingin nasihatkan Waytha Moorty agar menegur segelintir rakyat Malaysia yang selalu mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan kemudian meminta maaf.

Kepada Dr. Mujahid, kenyataan beliau seolah-olah menyokong usaha pihak tertentu untuk mengusir Dr. Zakir dari negara ini.

AZIZIM

Tanjung Malim