Bukan sahaja disebabkan tumpahan simen, keadaan jalan juga sangat teruk terutama Jalan Cheras ke arah Sunway Velocity yang agak teruk walaupun menjadi laluan utama penduduk Cheras dan Ampang.

Saya harap pihak berwajib pantau dan perbaiki keadaan jalan sekitar kawasan ini kerana sudah ramai pemandu berdepan kerosakan tayar dan enjin disebabkan jatuh ke dalam lubang atau melanggar bonggol simen.

Sesetengah pengguna jalan raya tiada pilihan lain dan terpaksa juga menggunakan jalan di kawasan tersebut.

Diharap pihak berwajib dapat membantu kami mengelak daripada kemalangan atau kerosakan kenderaan kelak.

SITI AMINAH HASHIM

Ampang