Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kemelut Kota Mas jejas keyakinan ahli

SEBAGAI salah seorang daripada ribuan Ahli Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas), saya berasa hairan bagaimana 10 daripada 11 orang Ahli Lembaga Kota Mas yang telah membuat kecoh dan mencemarkan nama baik koperasi ini dahulu boleh dibenarkan bertanding pada Mesyuarat Agung Khas (EGM) pada 19 Ogos ini oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysa (SKM).

Kumpulan ini yang menamakan diri mereka sebagai G11 telah melucutkan jawatan Pengerusi dan Setiausaha Kehormat pada 12 November lalu dengan cara yang tidak sah kemudian mengembalikan semula jawatan tersebut kepada penyandang asal iaitu Datuk Ismail Nordin selaku Pengerusi dan Datuk Mustapha Md. Nasir selaku Setiausaha Kehormat pada 8 Februari lalu.

Bagaimanapun, G11 telah mengheret SKM dan Kota Mas ke Mahkamah Tinggi supaya keputusan SKM disemak semula.

Semasa ‘pemerintahan tidak sah’ mereka bermula 12 November 2016 sehingga 7 Februari lalu, kumpulan G11 ini telah banyak membuat beberapa keputusan yang membelakangkan kepentingan 17,000 ahli Kota Mas.

Yang lebih memeranjatkan mereka turut didakwa memberi keistimewaan kepada vendor tertentu.

Saya ingin bertanya, apakah benar terdapat vendor yang tidak membayar hutang berjumlah RM24 juta dan tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka?

Apakah benar vendor berkenaan menjadi pihak ketiga yang menentukan hala tuju dan operasi Kota Mas?

Kini isu pertikaian pengurusan Kota Mas menjadi bahan perbualan ahli-ahli yang majoritinya kecewa dengan perkembangan semasa.

Malah ramai yang berhasrat untuk meninggalkan Kota Mas jika kemelut tersebut tidak diselesaikan dengan baik.

Pada masa sama, saya dan ramai ahli berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat aspek hutang yang tidak dibayar kepada Kota Mas oleh beberapa individu dan vendor tertentu.

Juga menjadi harapan saya agar Kota Mas ditadbir oleh barisan ahli lembaga yang berwibawa dan berintegriti.

Inilah masa untuk menyelamatkan koperasi tertua di Malaysia dan tanggungjawab tersebut bukan sahaja kepada ahli-ahli Kota Mas tetapi juga SKM.

Saya yakin SKM akan mengambil langkah-langkah penyelesaian berani dan terbaik biar apa pun cabarannya.

AHLI KELIRU

Jalan Pantai, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain