Buat masa ini, di bawah Akta Perkahwinan dan Perceraian 1976, kerajaan hanya membenarkan lelaki berumur 18 tahun dan perempuan 16 tahun sahaja bernikah.

Jika ingin menaikkan had umur perkahwinan, dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah sosial yang semakin tenat seperti buang bayi, nikah tidak sah dan sebagainya.

Oleh itu, dicadangkan agar kerajaan mengekalkan had umur perkahwinan seperti sedia ada.

Ini bagi mengekang masalah sosial yang kian meruncing pada zaman ini. Janganlah kita ambil penyelesaian sekular sedangkan golongan itu sudah tiada masalah menerima zina dari usia remaja mahupun anak tidak sah taraf.

OUI BIN SAL

Tanah Merah, Kelantan