Malah ada suara nakal mengatakan sebahagian rakyat kini menunggu pilihan raya umum (PRU) untuk menterjemahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap kerajaan yang dalam proses melaksanakan cukai pelancongan selain penggunaan Touch n Go sepenuhnya di semua lebuh raya.

Mujur, trend rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi dalam menentang satu-satu isu semakin menurun. Mahu tidak mahu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berbuat sesuatu agar persepsi kebencian yang ditanam oleh pihak tidak bertanggungjawab ini dapat ditangani dengan berkesan.

Carilah mekanisme terbaik demi manfaat rakyat secara keseluruhan. Tentunya kita tidak mahu kerajaan yang prihatin dan mesra rakyat ini tidak mendapat tempat lagi dalam PRU kelak. Jangan disebabkan mainan persepsi oleh sesetengah pihak yang semata-mata mahu mencari keuntungan politik akhirnya rakyat Malaysia mengalami kerugian.

AHMAD

Hulu Bernam, Selangor