Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kecuaian doktor, sampai bila?

RASANYA bukan pertama kali kes membabitkan kemalangan disebabkan kecuaian doktor dan pasukan perubatan berlaku di hospital atau pusat rawatan sehingga dikatakan ada yang mengalami kecacatan kekal dan juga meninggalkan kesan buruk untuk jangka masa panjang kepada ‘mangsa’ pesakit.

Sebelum ini, membaca dan melihat kes seumpama itu di akhbar dan televisyen hanya perasaan simpati dan sedikit kecewa mampu dizahirkan. Tertanya juga mengapa kejadian tidak diingini itu berlaku?

Namun apabila berlaku kepada ahli keluarga sendiri baharulah diri terasa sedihnya. Itulah yang dihadapi pengadu ketika seorang keluarga mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Individu yang diberi kepercayaan untuk memberi rawatan sebaliknya memberi lebih kesan buruk kepada pesakit. Tak keterlaluan hendak dikatakan ibarat ‘tikus membaiki labu’.

Adakah selepas menandatangani surat keizinan pada awal proses pembedahan dijalankan, ia memberi kuasa kepada pasukan perubatan yang diketuai oleh doktor bergelar pakar untuk melakukan sesuka hati? Bayangkan jika ini berlaku kepada diri mereka atau keluarga mereka sendiri?

Tidak dinafikan, sifat semula jadi manusia melakukan kesilapan, tetapi mengapa kes serupa kerap kali dilakukan. Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan undang-undang, mungkin akan mengambil tindakan hingga ke peringkat mahkamah, namun yang tidak tahu, terus menanggung derita dan terpaksa berulang alik ke hospital saban hari, minggu dan tahun.

Sebagai individu yang tiada latar belakang perubatan dan tidak mengetahui keadaan kerja hakiki pasukan perubatan, pengadu berharap apa pun masalah berlaku di peringkat hospital dapat diselesaikan. Ini bagi mengelakkan lebih ramai individu menjadi mangsa kecuaian doktor ini.

Jika masa rehat, tiada tenaga dan konsentrasi menjadi faktor utama, doktor atau ketua jururawat yang mengendalikan proses perlu diberi kelonggaran daripada terus mengakibatkan kesan buruk kepada pesakit.

Diharap keadaan sama yang boleh memberi pengalaman gelap kepada pesakit itu dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya diminimumkan.

LELAKI KECEWA

Setia Alam, Selangor

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain