Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sejak dahulu telah memperjuangkan isu ini dan era Malaysia baharu ini adalah peluang terbaik untuk mahasiswa merasai kembali proses demokrasi tulen yang memberikan manfaat kepada masyarakat kampus.

GAMIS dalam satu pertemuan tertutup bersama Menteri Pendidikan pada 1 Oktober 2018 telah menyerahkan satu dokumen aduan dan telah menyuarakan pendapat terhadap kesalahan yang berlaku dalam proses pilihan raya kampus pada tahun-tahun sebelum ini.

Namun, adalah mengecewakan kerana tidak ada tindakan serius daripada menteri berkenaan.

Dengan sikap tidak mengambil berat terhadap isu pilihan raya kampus ini, sudah terdapat beberapa kampus yang telah tergadai proses demokrasi kampus mereka di era Malaysia baharu antaranya ialah kampus UTHM, UKM, USIM dan UTM.

Sepatutnya menteri terbabit mengambil sikap serius dan bertanggungjawab.

MUHAMMAD 
FAIZZUDDIN MOHD. ZAI

Presiden Gabungan 
Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis)