Memandangkan tiada kerja–kerja pembinaan diteruskan, kami bimbang projek ini akan terbengkalai dan kami terpaksa menangggung bebanan hutang bank dan terus menyewa.

Saya merupakan salah seorang pembeli kondominium berkenaan yang menurut perjanjian jual beli menjanjikan projek ini siap pada akhir tahun 2017 dan boleh diduduki pada awal 2018.

Bagaimanapun, kami berasa dukacita kerana perkara itu tidak berlaku seperti mana yang dijanjikan.

Berikutan dengan beberapa desakan baru–baru ini, kami telah menerima surat daripada Putrajaya Homes yang memberikan jaminan projek ini akan siap pada atau sebelum Disember 2018 yang akan disegerakan dengan pemberian sijil kelayakan menduduki.

Alasan yang telah diberikan di atas kelewatan itu disebabkan beberapa isu keselamatan dan kontraktor.

Bagaimanapun, kami tidak begitu yakin bahawa pihak Putrajaya Homes akan dapat memenuhi janji ini kerana sehingga kini tiada tanda bahwa kerja–kerja penyempurnaan projek ini akan dijalankan semula.

Walaupun permintaan maaf dan jaminan telah diberikan, pihak pembeli mestilah diyakinkan dengan langkah–langkah segera yang diambil bagi memulakan kerja–kerja yang telah terbengkalai.

Kami akan memantau sama ada hal ini akan berlaku atau tidak.

MAT KHIR HASSAN

Putrajaya