Contohnya, perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang saya dapati harga tiket terlalu mahal dan tidak berbaloi dengan khidmat yang ditawarkan.

Nama sahaja kereta api laju, ada sesetengah kes penumpang terpaksa menunggu selama enam jam untuk sampai ke destinasi.

Elok naik bas sahaja kerana harga tiket lebih murah dan masa diambil untuk sampai ke destinasi juga enam jam.

Saya juga mendapati tandas disediakan dalam ETS tidak mencukupi sehingga menyebabkan penumpang terpaksa beratur panjang untuk menggunakan kemudahan itu. Sepatutnya setiap gerabak perlu ada tandas.

SARJAN PENCEN

Alor Setar