Ketika berada pada pukul 9 pagi di balai itu kelmarin untuk menunggu menaiki pesawat, suhu agak panas kerana pendingin hawa yang tidak berfungsi dengan baik. Beberapa kipas angin yang digunakan juga tidak membantu selain kelihatan tidak sesuai bagi terminal era moden.

Lebih menyedihkan keadaan tandas yang tiada tisu dan pengering tangan tidak berfungsi, mungkin rosak. Sudahlah mangkuk tandas untuk buang air kecil hanya ada dua dan hanya tiga unit tandas di dalamnya sedangkan penumpang ramai.

Saya berharap pihak berkenaan dapat memberi perhatian dan melakukan penambahbaikan segera demi keselesaan penumpang dan imej negara.

PENUMPANG BIASA

Kuala Lumpur