Aduan pernah dibuat tetapi tidak pernah dihiraukan. Disebabkan situasi tersebut, kami tidak dapat tidur lena sepanjang malam disebabkan bunyi yang sangat bising daripada lori berkenaan. Saya amat berharap JPJ dan polis datang lihat sendiri memantau pergerakan lori sepanjang Jalan Kuala Pegang ke Parit Panjang daerah Baling, Kedah.

Jangan biarkan masalah yang mengganggu penduduk kampung ini terus berlarutan.

PENDUDUK KG. LANAI

Baling, Kedah