Namun, iGuru berharap pihak kementerian dapat menumpukan keutamaan kepada perkara yang bersifat fundamental dalam pendidikan negara seperti isu berkaitan menambah baik prasarana sekolah luar bandar, meningkatkan sistem pembelajaran, disiplin murid serta memperkasakan sekolah-sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan ibu bapa bagi semua kaum.

Dalam masa sama, iGuru berharap pihak menteri dapat melihat isu beban berat beg sekolah murid yang menjadi rungutan ibu bapa termasuk isu beban tugas guru agar dapat ditangani segera di sebalik pelbagai pengumuman dan kenyataan kementerian.

iGuru juga menyokong langkah pihak kementerian melihat semula Dasar Pendidikan Negara untuk menjadikan pendidikan kita bertambah maju. Untuk itu, iGuru berpandangan antara aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah kurikulum pendidikan. iGuru berharap kementerian dapat memastikan kurikulum pendidikan negara ditambah baik dengan dasar-dasar yang memberikan kebaikan kepada murid, sekali gus menjadikan Malaysia hab pendidikan serantau.

MOHD. AZIZEE HASAN

Presiden iGuru