Antaranya penduduk Kampung Sungai Lui yang kini hanya bergantung kepada kawasan hulu sungai sebagai kegunaan domestik mereka.

Walaupun sudah lebih 60 tahun negara merdeka, kampung ini yang hanya terletak sekitar 32 kilometer dari pusat bandar raya Kuala Lumpur, kemudahan tersebut masih tidak kami terima.

Hatta Sekolah Kebangsaan Sungai Lui juga menggunakan air sungai di mana sistem perpaipan dibina oleh penduduk kampung secara gotong-royong.

Penduduk kampung sentiasa terdedah kepada pencemaran air ketika musim hujan dan penyakit bawaan air seperti tifoid kerana kawasan hutan yang berdekatan punca air tersebut sering menjadi tumpuan para pendaki.

Mereka menggunakan sungai tersebut untuk beriadah seperti bermandi-manda serta berkelah.

Perkara ini telah lama kami ajukan kepada pihak berkuasa dan mereka memberi alasan bahawa tekanan yang rendah menyebabkan kegagalan membekalkan bekalan air paip terawat.

Saya yakin sepatutnya perkara tersebut boleh diatasi dan sangat berharap agar masalah ini mendapat perhatian sewajarnya.

MASYARAKAT TERPINGGIR

Sungai Lui, Selangor