Lebih 50 keluarga terlibat dengan arahan pengosongan berkenaan.

Alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan Hospital Ampang adalah tidak munasabah iaitu kontrak menetap di kuarters itu telah tamat tempoh.

Bagaimana kontrak itu boleh tamat tempoh sedangkan kami masih lagi berkhidmat di hospital berkenaan?

Di manakah letaknya belas ihsan pihak pengurusan terhadap kakitangan yang rata-rata berpendapatan bulanan yang hanya cukup-cukup makan?

Untuk menyewa rumah kami tidak mampu kerana kebanyakan pemilik kediaman di sekitar kawasan itu mengenakan kadar sewa cukup tinggi antara RM900 hingga RM1,500 sebulan.

Kami juga tidak berkemampuan membeli rumah yang dibina di situ kerana rata-rata dijual dengan harga sangat mahal antara RM500,000 hingga RM800,000 sebuah.

Prihatinlah dengan kebajikan kakitangan Hospital Ampang kerana ada dalam kalangan kami yang sakit, menjaga ibu bapa sudah uzur serta mempunyai ramai anak bersekolah.

PENGHUNI HOSPITAL AMPANG

Selangor