Walaupun ada beberapa lagi isu lain yang meresahkan rakyat, namun dua isu ini melibatkan tarif air dan warna kasut sekolah sangat menyentuh hati nurani seluruh rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40).

Walaupun kerajaan memberi alasan kenaikan kadar tarif air sebagai usaha untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini, namun timbul persoalan sejauh manakah langkah itu dapat menjamin kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti.

Dalam pengumuman yang dibuat kepada pihak media, kerajaan bagaimanapun berkata, pihak kementerian sedang berunding dengan beberapa kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum dilaksanakan.

Kerajaan sepatutnya menjalankan kajian serta perbincangan terlebih dahulu dengan pihak berkepentingan sebelum membuat sebarang pengumuman. Jika keputusan belum dibuat, tetapi sudah diuar-uarkan kepada rakyat, ia hanya membangkitkan kemarahan orang ramai sekali gus mengundang pihak tertentu untuk mengambil kesempatan.

HAZIQ HAKIM

Kuala Lumpur