Aktiviti seperti tugasan akademik, penglibatan dalam persatuan serta sukan dapat menyedia peluang terbaik kepada pelajar saling bekerjasama tanpa mengira kaum.

Sekiranya para pelajar bercampur dari peringkat awal, ia memudahkan mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Ini kerana hampir semua sektor pekerjaan ketika ini memiliki pekerja pelbagai kaum. Usaha pemupukan perpaduan antara masyarakat Malaysia berbilang kaum dapat dilaksanakan dengan mudah.

Selain itu, cadangan ini juga dapat membantu universiti itu sendiri untuk lebih berkembang maju dan memudahkan sebarang proses penambahbaikan dapat dilakukan dalam bidang pengajian yang ditawarkan.

Lebih banyak program dapat dirangka bersesuaian status masyarakat Malaysia yang punyai kepelbagaian kaum.

Walau bagaimanapun, kerajaan disaran mewujudkan satu jawatankuasa khas supaya isu ini dapat dibincangkan secara ilmiah tanpa emosi.

Ahli jawatankuasa khas berkenaan perlu diwakili semua pihak berkaitan seperti pihak kementerian, wakil pentadbiran universiti, ahli akademik dan wakil NGO.

AHLI AKADEMIK
Nilai