PERKAHWINAN pada usia terlalu muda hingga mengabaikan pelajaran bukanlah jalan penyelesaian kehidupan. GAMBAR HIASAN

Hal ini kerana ramai anak muda yang terlupa bahawa perkahwinan merupakan sebuah perjalanan yang panjang dan penuh cabaran untuk dilalui bersama pasangan. Tambahan pula, semakin ramai yang sanggup menggadaikan pelajaran mereka hanya demi cinta semata-mata dan pengorbanan tersebut kerap diberikan alasan seperti menghalalkan hubungan dengan lebih cepat.

Media sosial merupakan salah satu punca utama yang berjaya mengaburi persepsi anak-anak muda dan mendorong mereka untuk berfikiran sempit bahawa semuanya tentang perkahwinan hanyalah kebahagian hingga ke akhir hayat.

Kebanyankan mereka menjadikan perkahwinan sebagai jalan pengakhiran cerita dalam hidup.

Di zaman yang moden dan penuh halangan, setiap anak muda perlu mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran.

Harapan saya, terutamanya terhadap anak-anak muda, agar mereka meletakkan pelajaran dan kerjaya sebagai keutamaan bagi membantu diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang.

NADJWA 
AHMAD TAJUDIN

Selangor