SUDAH menjadi lumrah murid sekolah rendah akan mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Bagi sekolah rendah yang tidak mempunyai sesi pembelajaran KAFA, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke masjid atau sekolah agama rakyat (SAR) yang turut mengajar kurikulum sama.

Kurikulum yang disusun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melibatkan mata pelajaran al-Quran, akidah, ibadah, akhlak, sejarah Islam, bahasa Arab dan jawi.

Malangnya ada masjid dan SAR terbabit terletak jauh dari sekolah rendah sehingga menyebabkan ibu bapa perlu berbelanja lebih bagi menyewa van.

Van berkenaan akan mengambil anak-anak dari sekolah rendah untuk dihantar mengikuti sesi KAFA.

Oleh itu, saya berharap Jakim melaksanakan segera cadangan mewajibkan sesi pembelajaran KAFA di semua sekolah rendah seperti yang telah dilaksanakan di Negeri Sembilan.

IBU MUDA

Ampang, Selangor