Keratan Utusan Malaysia 16 Januari 2017.
Keratan Utusan Malaysia 16 Januari 2017.

Untuk makluman pihak tuan, Insentif Peningkatan Hasil (IPH) tidak diperuntukkan dalam bajet Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sejak 2015 kerana kerajaan berpendapat keberkesanan langkah itu perlu dilihat semula.

Kementerian mendapati walaupun pembayaran IPH dibuat dari 2008 hingga 2014, peningkatan hasil padi masih tidak konsisten dan kurang memuaskan. Ini bermakna insentif itu tidak menggalakkan pesawah untuk meningkatkan daya usaha ke arah menambah hasil pendapatan.

Oleh yang demikian, penyaluran peruntukan IPH kepada Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) tidak lagi dibuat.

Namun, sebagai langkah membantu pesawah, Kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) telah ditingkatkan daripada RM248.10 kepada RM300 bagi setiap tan metrik mulai 2016.

Peningkatan ini dilihat dapat menambah pendapatan pesawah sekali gus menggalakkan mereka untuk berusaha ke arah meningkatkan hasil padi.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

Kementerian Pertanian
 dan Industri Asas Tani