Kami boleh terima jika pegawai junior tersebut prestasinya amat luar biasa, tetapi daripada pengamatan kami prestasi mereka adalah biasa-biasa sahaja. Pegawai atasan JKR, malah Ketua Pengarah sendiri yang mencanangkan agar semua pegawai JKR perlu perolehi status profesional (Ar., Ir. atau Sr.) untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga tekankan agar penjawat awam mendapat kelayakan akademik lebih tinggi seperti Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) untuk tujuan sama. Tetapi perkara sebaliknya berlaku di JKR, kenaikan pangkat adalah berasaskan siapa yang boleh ikut telunjuk walaupun lebih junor.

Walaupun dikatakan adanya Jawatankuasa Pemilih untuk pemilihan calon tetapi kami dimaklumkan semuanya diputuskan oleh pengerusi sendiri, menjadikan jawatankuasa itu sebagai rubber stamp sahaja.

Kami berharap JPA melihat semula urusan kenaikan pangkat ini dengan serius bagi mengelakkan peluang kenaikan pangkat kepada pegawai senior tidak tertutup memandangkan peluang dalam Skim Kejuruteraan amatlah terhad.

Akhir sekali, kami merayu kepada JPA agar pertimbangan kenaikan pangkat diberi peluang lebih tinggi terhadap pegawai yang mempunyai status profesional (Ar., Ir., Sr.), kelayakan akademik, pengalaman kerja serta lain-lain sijill berkaitan seperti Sijil Kelayakan Pengurus Projek Kompetan, keahlian badan profesional dan lain-lain.

Cuba JPA buat perbandingan semula antara pegawai yang baru diberikan kenaikan pangkat baru-baru ini dengan mereka yang ‘tertinggal bas’ dan menilai mana satu lebih layak. Kami tidak mahu kepincangan dari segi kenaikan pangkat ini akan menjejaskan prestasi pegawai, ketidakseimbangan carta organisasi dan menjejaskan moral serta produktiviti kerja.

Kemungkinan juga ramai pegawai akan memohon persaraan pilihan sehingga berlaku brain drain yang akan merugikan jabatan. Sekiranya isu ini tidak dapat diselesaikan, kami memohon campur tangan Ketua Setiausaha Negara sendiri.

SERUMPUN J54 
TERTINGGAL BAS

Kuala Lumpur