Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pencen ibu pengadu iaitu seorang pesara di Sekolah Kebangsaan St. Mark, Nanga Tamin, Batang Oya, Sibu, Sarawak telah diluluskan oleh pihak JPA.

Perkara itu telah pun dimaklumkan kepada pemohon dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

JPA sentiasa prihatin terhadap kebajikan pesara yang telah banyak menabur budi dan jasa kepada pembangunan dan kemajuan negara.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JPA

Putrajaya