Rakyat hendak tahu bagaimana rokok seludup boleh masuk ke negara ini secara besar-besaran sedangkan Jabatan Kastam ada kepakaran sendiri.

Kalau tiada salah guna kuasa bagaimana barangan yang tidak sah boleh menembusi negara ini. Penyeludup bukan bawa masuk rokok tidak sah sebatang atau dua, malah berkontena.

Rakyat sudah sedia maklum jika barangan yang pemiliknya orang politik atau orang kenamaan, ia tidak diperiksa.Malah, cukai pun tidak dikutip.

Seperti kes syarikat atau orang yang tidak bayar cukai, Jabatan Kastam dengan mudah mengesannya.

Jangan cari salah satu pihak sahaja. Jika pihak kastam bertindak betul masakan barangan haram boleh dijual berleluasa di negara ini.

Bagi rakyat, kastamlah patut rasa malu dan bertanggungjawab jika barangan haram ini masuk ke negara ini.

HAMBA ALLAH

Perak