Penulis mengemukakan teori virus HIV mula ‘hinggap’ pada manusia daripada mawas ­­­di Afrika akibat aktiviti gaya hidup songsang seterusnya menular dengan pantas dalam kalangan pengamal LGBT.

Terbaharu, statistik Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan untuk 2017 pula membuktikan LGBT paling ramai dijangkiti HIV di negara ini, hampir 50 peratus daripada kes baharu dan 14 kali ganda lebih tinggi berbanding penagih dadah.

Saya bekerja dalam industri hiburan dan setiap hari berurusan dengan golongan ini. Ada juga LGBT berjaya menahan nafsu seks songsang tetapi ramai yang tewas kepada pengaruh dan tekanan sesama mereka.

Setiap hari saya doakan golongan ini bertaubat dan saya bersyukur apabila baru-baru ini seorang rakan sekerja akhirnya kembali ke pangkal jalan walaupun sudah lanjut usia.

Menjadi harapan saya statistik HIV dan kesan negatif lain LGBT dapat menghalang golongan celaru jantina ini daripada terlibat dengan seks songsang.

Biarlah jiwa ikut jantina mana sekalipun, jangan sesekali terlibat dengan aktiviti seks bebas apatah lagi dengan golongan sejenis. Selagi agama dipegang tangan kanan dan adat budaya pada tangan kiri, bertabahlah dengan cubaan daripada Allah SWT tetapi jangan sesekali mengalah.

WATAK PICISAN

Bangsar