Mereka sanggup buat apa sahaja menurut segala perintah ‘bosnya’ kerana imbuhan-imbuhan lumayan menanti sebagai balasannya.

Mereka ini sedaya upaya akan melindungi pemimpin mereka walaupun terbukti banyak penyelewengan dan salah guna kuasa serta rasuah menyaluti ke atas pemimpin berkenaan malah sanggup bekerjasama untuk melakukan segala perbuatan yang menyalahi undang-undang hanya untuk mendapatkan tempat dan ganjaran yang akan diterima jika kesetiaan itu tidak berbelah bahagi.

Itulah yang berlaku dalam UMNO sebelum PRU-14.

Rintitan-rintitan jatuhnya Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan seterusnya tumbangnya UMNO bersama Barisan Nasional adalah kesilapan besar satu persatu yang dilakukan.

Bermula dengan skandal 1MDB yang mendapat liputan di muka akhbar seluruh dunia dan diambil pula tindakan oleh negara-negara luar akan salahlaku pemimpin tersebut maka bermulalah episod seterusnya yang menjadi punca utama kejatuhan.

Sebelum itu rakyat secara senyap memendam akan segala apa yang berlaku benar-benar menunggu saat dan ketika untuk bertindak menghukum BN/UMNO.

Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan untuk menubuhkan parti baharu dan beliau sendiri sebagai Presidennya, ia sudah pasti menjadi harapan kepada rakyat.

Rakyat memang menunggu saat-saat Dr.Mahathir mahu kembali ke gelanggang politik.

Tanpa penglibatan Dr. Mahathir rasanya BN masih memerintah lagi.

Ini semua adalah ketentuan Illahi,kita hanya merancang tetapi Allah SWT tentukan segala-galanya.

Bermakna Allah masih sayangkan negara kita Malaysia.

Itulah sepatutnya dijadikan teladan di mana apabila seseorang pemimpin itu berada di atas puncak maka disanjung bagaikan maharaja tetapi setelah jatuh, orang-orang kanannya akan menolak dan singkirkan beliau.

Inilah hakikatnya apabila Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahukan Najib supaya mejauhkan diri daripada BN dan UMNO.

Ia menunjukkan bahawa ketidaksetiaan mereka kepada pemimpin yang pada suatu ketika dahulu disanjung.

Walau apa pun syabas syabas kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang masih berdiri teguh di belakang bekas ‘bosnya’ itu.

Kepada pemimpin sedia ada, ambillah penganjaran dari kisah ini ketika anda berada di puncak.

SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL

Ampangan Seremban