Ini kerana Parit Raja dikelilingi beberapa buah kampung dan tambahan pula berhampiran Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM).

Di Pekan Parit Raja juga terdapat sebuah bangunan CIMB Bank Berhad dan merupakan lokasi amat baik serta sesuai untuk kemudahan pelanggan.

Malangnya, pihak CIMB Bank Berhad telah memberi maklumat kepada orang ramai bahawa dalam bulan Ogos 2018, pengurusan CIMB Bank Parit Raja akan ditutup kerana dipindahkan ke bandar Batu Pahat.

Kami memohon supaya cawangan CIMB Bank Berhad Parit Raja dikekalkan.

Jika cawangan itu ditutup ia akan menimbulkan banyak masalah kepada pelanggan kerana perjalanan ke Batu Pahat terlalu jauh.

Tambahan pula pelanggan kelak sukar untuk meletakkan kenderaan jika di Batu Pahat.

Harap perkara ini diberi pertimbangan sewajarnya.

PENDUDUK KECEWA