Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan tidur dalam kuliah

SAUDARA PENGARANG,

TIDUR secara berlebihan atau kurang tidur bukanlah satu amalan yang baik untuk kesihatan diri.

Berdasarkan kajian, sesetengah mahasiswa lebih suka memanfaatkan masa yang terluang dengan tidur di kediaman masing-masing sama ada di kolej kediaman mahupun rumah sewa mereka di luar waktu kuliah.

Hal ini disebabkan kebanyakan daripada mahasiswa merasakan bahawa tidur adalah suatu hobi yang menyeronokkan dan cukup untuk merehatkan minda mereka daripada kesibukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Namun begitu agak malang juga apabila terdapat mahasiswa yang tidur dalam bilik kuliah dan kelas tutorial.

Gejala ini tidak sihat kerana boleh mengganggu pembelajaran. Mungkin mereka kurang tidur tetapi itu sepatutnya tidak dijadikan alasan.

Mahasiswa perlu bijak mengatur masa seharian mereka termasuk waktu tidur agar aturan kehidupan seharian mereka tidak terganggu.

NURUL HIDAYAH 
FAKEH YAHYA

Nilai

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain