Kenapa panggilan telefon pula menjadi medium untuk memaklumkan kita terpalit kes rasuah, kes mahkamah dan bermacam-macam lagi? Kalau seseorang itu tiada hal-hal begini, kenapa perlu percaya?

Saya sendiri pernah mendapat panggilan telefon Macau Scam yang mengatakan saya ada kes rasuah, kes mahkamah, tunggakan pinjaman bank dan bermacam-macam dakwaan tidak masuk akal.

Apa pun, cakap-cakap mereka melalui telefon ini langsung saya tiada percaya malah saya ‘hentam’ kembali dengan bermacam-macam kata ‘nasihat’.

Sudahnya, mereka sendiri yang putuskan panggilan itu. Kita yang benar, kenapa perlu takut? Marilah bangkit melawan gejala panggilan Macau Scam ini.

S.LIN

Bidor, Perak