Justeru, wanita harus lebih bijak dalam menangani isu ini antaranya tidak terlalu mempercayai lelaki yang baharu dikenali serta tidak cepat terperdaya dengan ayat-ayat cinta mereka. Penggunaan media sosial yang kerap dijadikan sebagai salah satu faktor mengapa wanita mudah tertipu oleh pihak lelaki.

Wanita harus sedar bahawa jika sekali mereka tersilap langkah dalam percaturan cinta media sosial ini, ia mungkin bakal memberi kesan hitam buat mereka. Wanita sepatutnya lebih maju ke hadapan demi mencapai cita-cita. Jangan terlalu membuang masa menunggu cinta kerana dunia bukanlah seperti kisah puteri bak kayangan.

Walaupun tidak semua lelaki dalam media sosial itu dilabel sebagai men are trash, namun wanita harus lebih peka agar lelaki sedar bahawa kita tidak mudah dipermainkan.

RAMIEZA WAHID
Klang, Selangor