Ini berikutan wujud generasi milenium berumur 20 hingga pertengahan 30-an yang mula mendominasi tempat kerja di seluruh dunia. Antara sifat generasi berkenaan adalah suka berkongsi maklumat melalui media sosial.

Berdasarkan analisis firma audit PricewaterhouseCoopers (PwC), generasi milenium merangkumi 40 hingga 50 peratus tenaga kerja di Malaysia pada 2012.

Syarikat perunding, Deloitte pula menganggarkan generasi berkenaan akan membentuk 75 peratus daripada tenaga kerja global menjelang 2025.

Kewujudan generasi berkenaan menyebabkan syarikat berada dalam dilema sama ada untuk menyekat atau membenarkan penggunaan media sosial di pejabat.

Dari perspektif keselamatan, media sosial boleh digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menggodam rangkaian komputer sesebuah syarikat. Banyak pautan yang dikongsi dalam media sosial boleh membawa pengguna ke laman web yang mengandungi virus.

Bagaimanapun, pakar keselamatan berpendapat, kaedah paling berkesan adalah mewujudkan prasarana perlindungan berlapis yang kukuh dan bukan menghalang pekerja menggunakan media sosial di pejabat.

MICHELLE ONG

Pengurus Fortinet Malaysia