Perlu diingatkan, hukuman yang mendatangkan kecederaan fizikal atau mental sangat ditegah. Malah ajaran Islam meletakkan garis panduan bagi menghukum kesalahan dilakukan kanak-kanak.

Contohnya, merotan di betis dengan kadar sederhana. Ini bagi mengelakkan mereka berasa sakit. Tujuan merotan untuk mengajar, bukan mencederakan.

Sebaik-baiknya, anak-anak diberi penjelasan kenapa mereka dihukum, selain memberi peluang mereka membela diri. Justeru sangat penting untuk ibu bapa atau pendidik mempunyai komunikasi yang baik dengan anak-anak. Paling utama, hukumlah anak-anak yang melakukan kesalahan dengan pemikiran rasional dan bukan mengikut amarah atau emosi.

 

MARYAM MUNIRAH ADNAN

Universiti Islam 
Antarabangsa Malaysia