Ini menunjukkan sistem ekonomi sekarang menyebabkan golongan kaya semakin kaya dan golongan miskin terus miskin.

Kewujudan kerajaan baharu mungkin tidak akan membawa apa-apa perubahan, contohnya janji ketika kempen pilihan raya untuk mewujudkan gaji minimum RM1,500 masih gagal dilaksanakan kerana tekanan pihak majikan.

Kita sudah menswastakan hampir semua perkhidmatan awam termasuk air, elektrik dan pengangkutan. Dalam Belanjawan 2019, terdapat petunjuk yang mana perkhidmatan kesihatan juga akan diswastakan. Menyediakan rumah untuk rakyat pula dianggap tanggungjawab pihak swasta dan golongan pemodal.

Polisi neoliberal ini bermaksud hampir semua keperluan rakyat dikawal oleh swasta yang bermatlamat meraih keuntungan manakala golongan pekerja disangkal hak mereka untuk mendapat gaji minimum yang sewajarnya.

Oleh itu, saya menyeru kerajaan baharu supaya memperkenalkan dasar lebih berkesan untuk membasmi kemiskinan rakyat.

Satu lagi isu yang harus diteliti adalah penyediaan rumah mampu milik untuk golongan pekerja bawahan.

 

KARTHIGES

Pulau Pinang