Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan percaya dengan tohmahan

SAUDARA PENGARANG,

 

PADA 3 Februari lalu media telah menyiarkan berita tentang pengagihan bonus Tabung Haji bagi tahun 2016 sebanyak 4.25 peratus kepada pendeposit dan tambahan Hibah Haji sebanyak 1.5 peratus kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan fardu haji.

Pengumuman bonus tersebut telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Bagaimanapun selepas pengumuman itu dibuat pelbagai tohmahan dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu di media sosial tentang pencapaian dan prestasi Tabung Haji.

Ini mungkin berpunca daripada kadar bonus yang diberikan itu kurang berbanding tahun-tahun lepas. Sungguhpun begitu sebagai seorang pendeposit di Tabung Haji, saya tetap bersyukur kerana simpanan yang dibuat ini adalah berlandaskan simpanan syariah. Selain itu, pihak Tabung Haji juga telah membayar zakat bagi pihak saya di samping wang simpanan yang dijamin oleh kerajaan.

Untuk pengetahuan semua saya masih belum berpeluang menunaikan haji dan ketika ini masih menunggu giliran. Walaupun saya tiada pengalaman namun berdasarkan maklumat yang diberikan oleh beberapa ahli keluarga yang pulang daripada menunaikan haji tahun lalu, mereka memuji tahap perkhidmatan yang diberikan.

Selama berada di tanah suci segala keperluan mereka dijaga dengan baik oleh Tabung Haji. Terima kasih Tabung Haji kerana tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memastikan keperluan dan kemudahan jemaah haji sentiasa dijaga dengan baik. Saya yakin kemudahan yang disediakan akan ditambah baik lagi pada tahun-tahun mendatang.

Oleh itu, saya amat berharap sebagai rakyat yang mementingkan fakta dan kebenaran janganlah mudah percaya serta terpengaruh dengan apa yang diperkatakan di media sosial. Cuba kita menjadi seorang yang terbuka dan berfikiran luas.

Lihat keadaan ekonomi sekarang, rata-rata institusi kewangan memberikan dividen yang lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini. Semoga pihak Tabung Haji terus berusaha mencapai prestasi yang lebih baik pada tahun ini. Bagi pihak pendeposit saya syorkan agar kita sentiasa mendoakan kejayaan Tabung Haji.

KHADIJAH

Puchong

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain