Saya agak terkejut dengan Perdana Menteri yang seolah-olah ‘merajuk’ berikutan beberapa orang yang buat kecoh dalam satu majlis di Langkawi yang beliau hadiri.

Disebabkan itu beliau hendak letak jawatan.

Pada saya, sebagai Perdana Menteri perlu ada ketahanan diri.

Kejadian itu merupakan dialog dengan rakyat.

Perlulah diingat rakyat mahu bersuara jika tidak puas hati.

Tambahan pula negara ini adalah negara demokrasi dan setiap rakyat berhak beruara.

Namun, langkah mengadakan dialog itu adalah yang terbaik kerana dapat mengetahui masalah rakyat.

PAK TEH

Ampang