Aduhai anak muda
Aduhai pemimpin yang
ada
yang tidak fahami
budaya dan jijik hina
bodoh sombong
dan bongkak nuraninya
Jangan kurang ajar
dan menghina
agama, raja dan
bangsa kami
Cukup banyak kami
terluka
kamu dan pemimpin
kamu
yang tidak jemu
menghina dan menghina
mencampuri agama
kami
selama ini
walau pun tidak ada
sangkut pautnya
dengan kamu


Kami tidak peduli
apa yang kamu percaya
sembah dan pegangi
itu hak kamu
Tetapi jangan biadab
yang tiada hadnya
mengata dan memijak
maruah agama, budaya
dan bangsa kami


Belajar jangan menjadi
bangsat
yang menjahanamkan
sebuah negara
hanya kerana
kamu fikir kamu hebat
bermaharajalela


Ini tanah kita bersama
negara yang kita bangun
dalam titik peluh
dan sepakat bertolak
ansur
Keluhur kita biar dari
mana
asal usulnya sekian lama


Tanah ini perlu dijaga
dalam kasih sayang
dan hormat sesama kita


Jangan kerana sikap
angkuh dan angkuh
bodoh, biadab
dan bangsat kamu
Kita bercempera
bersengketa
apatah lagi
segelintir kamu
dan pemimpin kamu
yang hanya tahu
bermain
api sengketa dan
menanam hina benci
tiada sudahnya


Jika kami bercakap
tentang
sayang bangsa dan
agama
cepat sahaja kamu
berkata
kami rasis dan benci
kamu
Sedang kamulah
tidak berhenti mengeluar
kata keji seolah
tidak pernah ke sekolah
tidak ada adab, budaya
hidup
dan tamadun


Hentikan sikap
bangsatmu
Hentikan segera katakata
hina
Kepada siapa pun jua
hormati orang lain
kerana bangsa dan
agama kami
mendidik penuh hemah
dan santun
empati dan sentiasa
menyayangi.
Hentikan kebiadaban ini
Hentikan kebiadaban ini

 

MOHAMAD ABDULLAH
Universiti Sains Malaysia