Jangan lupa bendera dan bahan kempen yang bertaburan di merata tempat perlu diturunkan dan dilupuskan sewajarnya supaya tidak menyemak di kawasan persekitaran.

Calon dan parti yang kalah juga perlu turunkan bahan kempen mereka, jangan dibiarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana itu bukan tugas mereka.

Jika masih ada yang berdegil, saya harap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan denda dan deposit lebih tinggi dalam pilihan raya akan datang bagi memastikan pihak berkempen mencuci kembali ‘aset-aset’ mereka.

Bahan dan bendera kempen itu menelan kos berjuta ringgit untuk dicetak, cari jalan terbaik untuk kitar semula supaya tidak membazir bila dilupuskan begitu sahaja.

KHAIRUL AZHAR

Wangsa Maju, Kuala Lumpur