Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula mendakwa bahawa menteri berkenaan berbohong dalam isu ini. Menurut Najib, peruntukan tersebut tidak hilang, sebaliknya dana untuk program berkenaan bagi tahun ini tidak diluluskan dan disalurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Yang pasti, tinjauan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia mendapati pengagihan susu di bawah Program itu berjalan lancar sepanjang tahun lalu. Bahkan ada sekolah yang menerima bekalan lebih daripada jumlah yang dipesan, membuktikan tiada susu yang hilang seperti mana dakwaan.

Sebagai contoh seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia kelmarin, Pengarah Pendidikan Perlis, Izmi Ismail berkata, kira-kira 74 buah sekolah di negeri itu menerima PS1M tahun lalu. Di Melaka, dua Penolong Kanan Hal Ehwal murid di dua buah sekolah berasingan di Ayer Keroh memberitahu, sekolah mereka menerima bekalan susu sepanjang tahun lalu tanpa masalah.

Bagi saya sekiranya terdapat kenyataan atau tuduhan yang hendak dibuat perlu disusuli dengan fakta supaya tidak mengelirukan rakyat.

Seperkara lagi tolong hentikan sikap tuding menuding dan pada sama juga, jangan asyik cari salah orang lain. Hakikatnya, rakyat kini sedang menilai prestasi kerajaan yang baru dibentuk ini.

SUBRA

Padang Serai