Suara-suara tersebut seolah-olah mereka ini pakar sejarah dan mahu mengubah apa yang sudah sekian lama termaktub sebagai sejarah rasmi Tanah Melayu.

Persoalan saya, adakah mereka ini diberi lesen besar untuk bercakap sesuka hati tanpa mempedulikan sentimen dan perasaan orang lain?

Saya cukup kecewa bagaimana pihak keselamatan negara membiarkan forum sebegini berlangsung, merobek hati dan perasaan veteran perang dan pejuang kemerdekaan di hujung usia emas mereka.

Jangan dibiarkan ‘budak-budak setahun jagung’ ini menjadi boneka mengangkat kembali ideologi komunis kaum lain kerana akhirnya ‘aktivis’ dan ahli keluarga mereka yang akan menerima bala.

SARJAN PENCEN

Segambut, Kuala Lumpur