SELEPAS pelantikan menteri Kabinet yang baharu, timbul persoalan adakah peruntukan biasiswa kepada pelajar-pelajar juga dihentik buat sementara.

Saya berpendapat, kerajaan baharu dengan menteri baharu haruslah meneruskan usaha pendidikan dan jangan sekali-kali peruntukan biasiswa dihentikan.

Saya utarakan perkara ini kerana terdapat desas-desus mengatakan kerajaan baharu mahu mengkaji banyak perkara berkaitan sistem pendidikan termasuk menghentikan buat sementara waktu pemberian dan peruntukan biasiswa.

Apakah perkara ini (pemberian dan peruntukan biasiswa) dihentikan? Minta kementerian berkenaan menjawabnya.

Memang kerajaan baharu dengan polisi baharu mahu mengkaji terlebih dahulu termasuk sistem pendidikan meliputi pemberian biasiswa.

Sebagai pelajar, saya berharap pemberian biasiswa amatlah penting.

Jangan kaitkan bidang pendidikan termasuk pemberian biasiswa dengan ‘politik’ tertentu.

Jika ini berlaku akhirnya rakyat dan juga pelajar universiti seperti saya yang akan terkandas dan terumbang-ambing dalam bidang pendidikan.

Saya dan rakan-rakan menyeru supaya kementerian berkaitan memikirkan perkara ini. Jadikan bidang pendidikan sebagai keutamaan untuk mencapai negara maju dengan rakyat berilmu serta berpendidikan tinggi.

PELAJAR KECEWA

Melaka