Kemudahan parkir yang telah disediakan oleh DBKL adalah untuk kegunaan orang ramai dan tidak dibenarkan untuk meletakkan sebarang kon atau penghadang di atas lot parkir yang dimaksudkan.

Pemantauan parkir sentiasa dilakukan oleh anggota penguat kuasa DBKL bagi memastikan kemudahan parkir selain daripada petak khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

KHAIRUL AZMIR AHMAD

Pengarah Jabatan Perancangan 
Korporat DBKL