Kebanyakan pembaca Utusan Malaysia adalah rakyat biasa yang tiada keahlian politik termasuk usahawan Melayu malah semakin ramai penyokong Pakatan Harapan membeli Utusan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

UMNO mempunyai lebih daripada 3.6 juta ahli mengikut statistik pada Disember 2017 tetapi akhbar Utusan Malaysia cuma dijual 100,000 hingga 200,000 naskhah setiap hari.

Biarlah Utusan kekal neutral dan fokus kepada agenda agama, bangsa dan negara kerana itu yang ingin dibaca pembaca setia Utusan Malaysia selama ini.

BUKAN AHLI

Gombak, Selangor