Pembaziran makanan sering dapat dilihat dalam majlis-majlis kenduri kahwin, hotel, restoran dan keramaian yang lain. Masyarakat secara keseluruhan tidak dididik untuk menghargai makanan dan mengelak tabiat pembaziran.

Saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mahu menggubal Akta Pembaziran Makanan sebaik sahaja kajian teliti dibuat nanti harus dan wajar disokong penuh.

Melalui pelaksanaan akta tersebut diharapkan secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat lebih menghargai kepentingan makanan dan menghindari tabiat suka membazir makanan.

Di samping itu, kerajaan juga harus mengenakan denda kepada para pelanggan sama ada di restoran, hotel atau majlis keramaian yang suka membazir makanan.

Sebarang lebihan makanan dari pusat-pusat beli belah pula seperti sayuran, roti, biskut, buah-buahan dan pelbagai jenis lagi boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan dari semasa ke semasa.

Dengan cara demikian, ia mampu mengurangkan perbelanjaan harian atau kos sara hidup masyarakat yang amat memerlukan keperluan-keperluan tersebut.

OUI BIN SAL
Tanah Merah, Kelantan