Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan bandingkan diri
dengan orang lain

SAUDARA PENGARANG,

PADANG rumput kelihatan lebih hijau di sebelah pagar yang lain. Ungkapan berkenaan sering digunakan untuk membandingkan kelebihan atau kekurangan antara kita dengan jiran atau rakan sekerja.

Sikap suka membandingkan diri dengan orang lain sepatutnya tidak dilakukan kerana pertama, perbandingan itu adalah tidak bermakna. Kita sering menganggap diri kita lemah berbanding rakan kita yang lebih baik dan ini akan membuat kita menjadi cemburu terhadap mereka.

Kita juga mungkin menganggap diri sendiri lebih hebat daripada rakan kita dan ini akan membuatkan kita menjadi sombong dan bangga diri.

Kedua, perbandingan adalah sesuatu yang membuang masa. Apabila kita sering membandingkan apa yang telah kita capai, kita akan kehilangan masa berharga yang boleh digunakan bagi mencapai segala matlamat yang telah ditetapkan dalam hidup.

Ketiga, perbandingan adalah suatu usaha yang sia-sia. Tentunya terdapat sebilangan orang yang akan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri dan dalam masa sama mereka juga memiliki kelemahan.

Keempat, perbandingan menghasilkan kemarahan. Dalam kita cuba membuat perbandingan, kita akan berasa kecewa dan merasa dizalimi.

Kita akan mula membantah dan sering tidak bersetuju dengan pencapaian orang lain dan ini akan menimbulkan kemarahan. Kemarahan yang ditunjukkan biasanya akan menyebabkan kita bertindak secara tidak rasional.

Kelima, perbandingan menghalang kebahagiaan kerana kita hanya memberi tumpuan kepada orang lain. Kebahagiaan hanya dapat dicapai apabila kita memberi tumpuan terhadap diri sendiri dengan melakukan pelbagai kebaikan dan mengharapkan keberkatan daripada Allah SWT.

AZIZI AHMAD

Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain