Kini kehebatan negara di peringkat antarabangsa dilihat sudah mulai muram atau dalam lain perkataan ‘menurun’. Apa yang perlu diketahui dan buat semakan dalam keadaan semasa ialah:

* Apakah dasar-dasar luar negara sebelum ini dipelihara dan diperkukuhkan terutama dengan negara-negara rakan pelaburan yang akrab dan strategik?

* Apakah para menteri yang dilantik sudah bersedia dengan polisi-polisi kerajaan yang sebelum ini sama ada diteruskan dan seterusnya dipertingkatkan?

Sayugia diingatkan jangan syok sendiri. Walaupun baharu, tetapi itu bukanlah alasan menghalang sepenuhnya dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

Umum sudah mengetahui peneraju utama negara (Perdana Menteri) adalah individu yang berpengalaman dalam pentadbiran.

Jadi, tidak timbul masalah atau pun ungkapan ‘tidak tahu’!

Jika berpolitik secara emosional dan dangkal tidak akan ke mana dan banyak menyakitkan mata.

WATANABE

Perlis