Misalnya, pembahagi jalan berhampiran Pasar Harian Selayang yang diuruskan oleh DBKL sentiasa dijaga dengan rapi manakala kawasan di Selangor berhadapan Pasar Raya Warta lama yang hanya beberapa meter dari situ, rumput dibiar panjang dan sudah lama tidak dipotong.

Lakukanlah sesuatu agar kawasan sempadan yang memisahkan antara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor sentiasa terjaga rapi.

KERANI TUA

Rawang, Selangor